Kereta ni nak bagi isteri gunakan. Banyak benda gak aku nak
kena buat. Nak kena repair ngan ganti. So benda pertama yang aku buat ialah pi
balut arm rest sebab itu yang ketara. Dah koyak kan. Nak bagi nampak elok
balik. So kos balut benda tu RM40. Nak dapat kaler biru gelap memang takda la.
So amik kaler itam. Tak la Nampak beza sangat pon. Radio asal kereta FD2 ni
support MP3 tapi takda port USB. Aku perasan ada port AUX. so aku singgah tesco
cari kabel AUX. cucuk ke phone Alhamdulillah boleh digunakan. Kat office aku
try burn lagu format mp3 ke dalam CD. Aku test gunakan CD changer dan
Alhamdulillah boleh digunakan tanpa masalah. Masalahnya radio tu tak dapat
siaran radio ja. Aku bukak youtube cara nak buka dashboard dan radio. Nampak
macam susah sebab aku takda kit nak bukak dashboard. Ala benda2 plastik tu. Nak
cungkil2 celah dashboard. Tapi aku perasan ada satu tempat yang ada skru dekat
dashboard betul2 bawah radio. Dekat belakang radio ada beberapa port yang
menyambungkan wayar power ngan antenna. Aku goyang2 kan port antenna. Siaran FM
dapat tapi bila kereta gerak siaran lost. Kacau gak ni. Orang umah aku kena
bukak CD ngan fon ja la nampak gayanya. Kalau ada port USB kan senang. Just
copy masuk pendrive ja. Aku bukak LAZADA dan aku taip Honda civic dan aku
terjumpa satu alat yg boleh interface radio tu untuk USB port. Aku pon order
benda tu dengan kit buka dashboard. Alat tu berharga RM76.60 manakala kit tu
harga RM25.70. Kedua-dua barang tu dari luar negara. So kena tunggu lama la
jugak.
![]() |
USB-HD1 Honda 2.4 USB+AUX Audio Adapter |
![]() |
Car Radio Door Clip Panel Trim Dash Audio Removal kit |
Aku rajin plak google bila dapat kereta ni. Aku cari tempat
untuk repair absorber aku. Dalam group FB penduduk sungai petani aku terjumpa
satu tempat yang boleh servis absorber. Dekat Taman Arked. Aku call dan dia
quote 160 untuk absorber depan dan belakang. Aku teringat tuan kedai tayar
melayu dekat tupah penah sebut ada satu tempat servis dan repair absorber dekat
Tikam Batu. Memang femes gak la kedai tu. Dia penah cadangkan tempat tu untuk
repair absorber. Yang Taman Arked tu boleh servis ja katanya. Yang Tikam Batu
boleh servis, repair dan recond. Aku jumpa dalam carigold.com tentang tempat
repair dan servis absorber. Salah satunya dekat Tikam Batu tu la. Mat@Kamal
nama tuan punya bengkel. So petang tu aku pi survey. Cari kedai tu.
Memandangkan hari tu hari khamis dan balik awal. Melilau gak la aku cari.
Landmark dia balai bomba. Akhirnya aku jumpa jugak. Kereta memang banyak. Aku
sembang ngan pekerja kat situ. Dia Tanya simptom penyakit absorber kereta aku.
Dia kata kereta aku tu absorber jem. Dan dah memang penyakit kereta Honda civic
FD camtu. Mula ingat nak bagi dia test drive la dulu. Dia kata takpe tak payah.
Hari ni tak sempat katanya. Kebetulan bos dia baru balik beli barang dan dia
ejas ngan bos dia. Hari sabtu dia mintak mai semula. Mai awai katanya. Sebab
ramai customer. Kereta aku hanya bos dia ja boleh buat. Kena buka dan repair.
Tukar seal kat dalam absorber tu semua. Pekerja lain setakat servis ja boleh.
Untuk repair ngan recond serah kat bos. So aku pon balik dan akan mai semula
sabtu tu.
Pagi sabtu yang dijanjikan pon tiba. Awai lagi aku dah gerak
pi Tikam Batu. Takut ramai karang lagi lambat la nak repair keta aku. Orang
umah pon dah excited ngan kereta tu. Dok Tanya bila nak hantar…huhu…kononnya
awal la aku sampai bengkel. Aku perasan ada sebuah kereta Suzuki Swift ngan
kereta wira macam dok mencari tempat. Aku pon parking dekat bengkel. Dan dua
kereta tu pon ikut parking gak ngan aku. Rupanya pemilik kereta swift tu member
office aku. Ok la kan. Ada geng…hehe…dia pon nak servis absorber kereta dia. Kereta
Suzuki Swift tahun 2015. Baru lagi. Enjin 1400cc. jimat minyak gak member aku
cakap. Cuma absorber belakang lembut sangat. Melayah atau woble (btoi ka
istilah ni). So dia nak keraskan skit. Kami dua tak sarapan lagi konon nak
tunggu bengkel buka dulu. Nak dijadikan cerita, rupanya kami salah
bengkel…punggah! selang dua kedai lagi baru bengkel repair absorber. Camna la
aku boleh silap. Bukan aku tak penah mai. Dok tunggu depan bengkel wat kabinet.
Adui!... tu pon sebab tuan bengkel tu mai awai dan bagitau yang kami silap
kedai. Patut la aku jenguk dalam kedai Nampak barang kayu ja..Huh! kat bengkel
dah ada dua kereta sedia menunggu. Terlepas ke belakang jugak la aku. Nak
dipendekkan cerita, kereta aku siap dekat nak asar. Sebabnya bos mai lewat. Dah
alang-alang aku dah pi situ aku tunggu gak la. Ada hal katanya. Nasib baik la
kawan aku yang keretanya dah settle tu bawak pi makan. Ada gak la geng. Dia pon
tunggu ngan aku sekerat hari. Kesian lak. Memang absorber kereta aku jem. Tak
main dah absorber tu. Tokei bengkel buka dan ganti seal dalam tu. Refill minyak
dan gas baru. Dia cakap awal2 ni absorber ni keras skit. Lama-lama akan lembut.
Lagi sedap dari original. Dia set bagi keras. Set 10 gas tu. Aku tak berapa
paham benda apa 10… Psi?tekanan gas? Masa pasang balik absorber tu pekerja
bengkel cakap tie rod end dah pecah. Lower arm bush pon dah retak. Nampak dah
tanda…huhu… tanda nak kena keluaq modai. Yang bukak pasang absorber tu
pekerjanya. Bos repair ja. Kos repair absorber RM190 untuk dua kiri dan kanan depan.
Balik tu terus aku ke Tupah. Kedai tayar feveret
aku. Kena buat alignment sebab chamber dah buka masa buka absorber tu kan. Masa
wat alignment pomen detect absorber mounting aku dah keras dan bergegar…hoho…
Nampak lagi tanda...Huhu... Kereta dah tukar absorber pon tak sedap lepas
alignment. Ini mungkin pasal benda-benda tu gak la...Huhu... aku Tanya tuan
kedai pasal mounting absorber. Dia kata kena order barang. Kat Sungai Petani ja
ada. Kedai sparepart kat Semeling takda. Bajet pon dalam RM360 siap upah untuk
mounting absorber ja.
Service absorber tikam batu tu ok? Bleh share nm kedai bro? Saya nk service fd1 standard
ReplyDeleteok bos...kedai tu takda signboard rasanya.. cuma panduan dia cari balai bomba tikam batu..ada sebaris kedai depan balai bomba tu...kedai dia bahagian tengah..memang awal pagi lagi dah ada orang tunggu nak dapatkan perkhidmatan.kalau tanya orang situ tanya kedai repair absorber mat@kamal..mesti diorang bgtau..
DeleteBos.. nak minta pendapat.. ada terjumpa ni di Lazada... agak-agak Aftermarket Absorber okay tak ntuk kereta Honda?
ReplyDeletewww.shokz.my
www.lazada.com.my/shop/shokz-by-apm
Assalamualaikum... boleh tak bg saya nom tel kedai absober tikam batu.. atau pon pon wasap saya 0124141478
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteZulkifli@ Mat Kamal ni adik ipar saya. Betul repair exzober di Tikam Batu depan Balai Bomba. Contact +6017-4876748
DeleteZulkifli@ Mat Kamal ni adik ipar saya. Betul repair exzober di Tikam Batu depan Balai Bomba. Contact +6017-4876748
DeleteDelete
TuaN nak repair exsober depan belakang boleh ka model Hyundai accent 1.5
ReplyDeleteDan tukar mountain enjin
ReplyDeleteAs Salam. Zulkifli@ Mat Kamal ni adik ipar saya. Boleh repair/service/recond exzober. Dari Vellfire hingga la Kancil. Kedai di Tikam Batu depan Balai Bomba. Contact +6017-4876748 Zulkifli.
ReplyDeleteDelete
Terbaikk servis dia asoberr sy dah dekat 5year rasa xtukar lg ....toyota le servis n pam gas kt dia ...mat memg sempoiiiii...
ReplyDeleteIngt nk p bg lowerd sikit nanti
ReplyDeletetuan tolong share contact no saya pun nk servis absorber keta dh cecah usia 10tahun++ . TQ
ReplyDelete