Isteri aku masih lagi belajar. Sekarang dok dok praktikal
kat perak. Kesian plak kat dia. Nak berulang tempat praktikal ngan nak keluar
beli barang keperluan susah. Aku offer isteri aku bawak perodua viva kesayangan
aku tu. Tapi isteri aku ni tak yakin nak bawak kereta manual. Kalau auto
berdesup ja dia pi. Loan kereta viva aku ada lagi 3 tahun. Puas aku pikirkan
jalan nak wat camna. Mula-mula tu aku rancang nak covert gearbox. Anggaran kos
dalam 2k. pakai gearbox kelisa. Survey punya survey orang cakap nak setting
ratio gearbox ngan enjin ni susah. Ada masalah tertentu. Dah la aku nak bagi
isteri aku bawak. So aku pon pikir cara lain. Convert gearbox dengan enjin
sekali. Aku Tanya enjin lantai sahaja kos dah 3.8k. kalau halfcut mira avy siap
semua dalam 5k. mana nak cekau 5k seketul. Pening gak la. Member cadangkan amik
kereta baru. Trade in kereta lama.
Kalau ikut perancangan hati aku ni. Selesai ja loan keta viva
tu aku nak amik kereta lain. Kereta yang lebih sedap untuk digunakan. Honda
city ka..vios ka..kereta baru. Tu pon 3 tahun lagi la. Tapi dah keperluan
mendesak sekarang ni membuatkan aku berkira-kira nak beli sebuah lagi kereta.
Kalau amik kereta baru sekarang ni mau jenuh gak nak membayar bulanannya. Dua
biji kereta lak perlu dibayar tu. Setelah berhempas pulas aku berpikir akhirnya
aku dapat satu jalan. Nak amik kereta secondhand ni for sure la interest
tinggi. So aku pon berkira-kira nak amik loan peribadi. Interest aku rasa
rendah dari interest loan keta secondhand. Alang-alang dah nak amik kereta satu
lagi aku nak kereta yang selesa. Yang aku rasa puas hati. Aku pon apply loan
mengikut kesesuaian harga kereta yang aku rasa berbaloi.
No comments:
Post a Comment