Mulanya aku terjumpa iklan kereta vios terpakai. Orang
panggil vios dugong. Tuan punya jual direct. Harga dalam 35k. Memang target aku
dan isteri nak cari kereta jenama luar. Yang selesa dan tahan kononnya. Orang
pon cakap kualiti kereta luar ni lagi baik dari kereta tempatan. Aku takda
masalah ngan kereta iswara dan viva tempatan aku tu. Tapi hati teringin nak
merasa kereta luar. Dalam survey kereta vios aku terjumpa iklan kereta Honda
city lama. Keluaran antara tahun 2003 – 2008. Orang panggil city kasut atau
city seterika. Dari segi teknologi memang Honda antara yang terbaik. Toyota
plak dari ketahanan enjin memang terbaik. Aku tak berapa minat design vios
sebenarnya. Meter kat tengah. Tapi keselesaan tu ada. Isteri aku berkenan kat
jenama Honda. So aku pon survey Honda city kasut tu. Range harga lebih kurang
vios tadi. Tahun 2008. Enjin vtec bukan idsi. Design versi city 2008 vtec macam
cantik. Tambah lak isteri aku dok tengok orang make up cantik-cantik kat shah
alam. So aku luaskan pencarian kereta aku dengan Honda city. Dalam pencarian tu
aku terjumpa lak iklan kereta idaman aku satu masa dulu. HONDA CIVIC FD … harga dalam 42k. enjin
1800cc. siap aku test drive lagi. Memang sedap la. Tapi aku ada masalah lak nak
apply loan. Kes PTPTN aku. Pasai kes tu aku wat full settlement. Maleh nak
pikir. Tapi baki pon seribu lebih ja lagi pon…pasai kes PTPTN tu aku tak jadi
amik kereta tu. So pencarian aku bermula balik. Satu hari aku buka mudah.my aku
terjumpa iklan yang menarik hati. Honda civic FD2. Kat alor setar. Full bodykit mugen. Direct owner
jugak. Tapi tak berjodoh walau aku antara orang terawal yang pi tengok.
Disebabkan aku baru nak apply loan aku mintak masa ngan tuan kereta tapi ada
orang dalam tempoh tu dah bagi cengkeram. Frust gak la aku.
Akhirnya setelah beberapa lama aku mencari aku terjumpa satu
iklan dalam mudah.my. lokasi kereta dekat bukit tambun. Beberapa kali aku pi
jenguk kereta. Mula-mula tu aku pi tengok kereta aku kesan beberapa masalah.
Aku bagitau tuan kereta dia kata dia nak settlekan. Dia mintak aku datang
semula nanti lepas dia settle. Antara masalah yang ada leaking, bunyik gegar,
aircond dan tingkap. Setelah seminggu tuan kereta kontek aku balik. Mintak aku
pi tengok kereta. Kali ni aku bawak abg ngan adik ipar aku. Banyak mata lagi
baik dari sepasang mata.hehe.. tuan kereta dah tukar abs link yang kononnya
bermasalah. Dah tukar gasket head yang leaking. Dah repair tingkap. Dah tukar
relay aircond. Aku bagi abg ipar aku test drive. Aritu test dekat2 ja. Kali ni
masuk highway. Dari bukit tambun ke juru pastu patah balik. Abg ipar cakap ada
masalah dengan bearing belakang ngan absorber. Allignment pon macam lari. CD
changer bermasalah.Tuan kereta cakap dia akan settlekan. Aku Tanya adik beradik
ipar aku semua cakap ok. Boleh amik. Aku pon bayar booking 500 ringgit. Tanda
jadi.
Sekarang secara rasminya aku dah jadi pemilik kereta HONDA
CIVIC FD2 .. kereta tahun 2006. Lama dah tu. Beli kereta lama dan secondhand ni
mesti ada wear n tear. Tak leh nak expect macam baru. So kena bersedia la
keluar belanja. Petang hari pertama aku amik kereta tu aku dah rasa ada
something wrong dengan absorber depan. Masa aku mula test dulu jalan dekat ja.
Tak rasa sangat. Masa abg ipar aku bawak pon dia Cuma cakap absorber kena
repair. Biasa la kereta dah 10 tahun. Aku bawak balik dari bukit tambun ke sp.
Memang gegar teruk. Tambah plak bila langgar jalan tak rata. Rasa macam
absorber tak main. Keras…masalah lain plak radio tak dapat siaran FM. Sebelum ni
CD changer problem tapi siaran radio ok. Kusyen kulit pon dah tak berapa elok.
Arm rest dah koyak kulitnya. luaran cantik. tak la ranggi macam orang muda mekap tu kan...sedap mata memandang. memang kereta idaman aku dulu honda civic ni.
Leaking.. Masalah yg sama jgk.. Dah 2 kali buat masih jadi jgk.. Ada cadangan lain X
ReplyDeleteOil seal bocor..sblh kanan enjin..blkg elektrical cover box..betul2 tepi head
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete