Monday 13 March 2017

Ek Ek... Ek Ek...

Penah dak bila anda drive perlahan naik bumper jalan pastu kereta anda berbunyik 'ek ek'?mula tu aku dok ingat absorber aku bermasalah. absorber tu baru lagi recond. memang pomen keraskan absorber tu. absorber dah recond dan keras, tie rod end baru, bushing lower arm dah baru, absorber mounting baru jugak..so apa masalah plak ni? kereta ada kat perak. dari pembacaan pak google, berkemungkinan berpunca dari beberapa part. tapi berat dalam kepala aku rosak tang sway bar link. aku pon tak sure benda apa tu. hehe. penyambung antara lower arm dengan stabilizer bar kot. so tunggu kereta balik minggu ni aku nak pi selidik ngan pomen. hihi

21/3 - update


Hari ahad yang lepas aku bawak kereta aku pi satu kedai area Bandar Laguna Merbok. Alang2 wife balik sat. Ada satu kedai bos bagitau situ dia bikin steering FD mak dia...Kean Guan Autoservice.. aku pon bagi dia check kereta aku. dia kata memang ada bunyik ek ek dan bunyik semasa pusing steering. depa pon cari punca bunyik tu. belek punya belek depa pelik. sebab rata2 bushing baru. so depa saspek absorber. bukak absorber depa cakap batang shaft absorber aku ada kesan macam terbakar.(nanti la aku snap natang tu). getah cover pon berlubang..macam sengaja ditebuk.untuk apa tu tak tau la plak aku.hehe..setahu aku absorber tu aku baru ja rebuild.dia goyang batang shaft belah kanan kereta dia kata loose.tak ketat...absorber rosak la ikut dia.so kena tukar absorber.dia tanya antara KYB@kayaba atau Tokico. aku pon setuju ja la..benda dah bukak pon. dia kata harga RM400. dia pon order dari kedai sparepart. absorber jenis kayaba. dia cuba pasang tapi macam tapak absorber tak sama ngan spring.rupanya untuk FD punya.bukan untuk FD2.so hantar balik kedai spare part.lama jugak la nak dapatkan absorber lain.aku siap jenjalan dalam ujan sebab boring duduk menunggu ja.absorber baru sampai jenis Tokico. masa pasang absorber tu pomen perasan getah absorber terbalik. spring pon terbalik.kiri kat kanan..kanan kat kiri..mungkin itu la punca bunyik tu. adus...ruginya lak rasa..takkan nak kensel absorber baru tu. aku rasa absorber lama yg rebuild tu takda masalah pon.nak wat camna lagi.absorber tokico FD2 tu harga RM500. tukar getah balut absorber sekali tambah RM70.. so RM570 melayang..kena buat allignment plak pastu. pomen pam angin masuk tekanan 30psi. test drive rasa ok..takdak dah bunyik. aku pon bawak pi kedai tayar nak allign tayar. aku tanya berapa tekanan tayar untuk tayar tu..kedai tayar cakap 32psi. masa balik aku rasa pelik. kereta aku bila lalu jalan tak rata bunyik gear kuat. macam absorber keras. aku saspek tayar aku tu dah nak expired la.buang angin masukkan balik 30psi. kurang dah gegaran tu. selesai satu cerita. Kean Guan cakap absorber belakang aku dah out. tayar belakang pon dah bengkak skit.. tunggu next bajet plak la..dia kata pakai dulu..hehe

Monday 30 January 2017

First Long Drive

Memandangkan isteri aku nak memenuhi undangan perkahwinan kawan baiknya kat pahang so kereta ni perlu jalan jauh. Aku pon check la apa yang patut. Minyak enjin checked! coolant checked! minyak brek checked! (yang tu la aku tau pon). Sebelum ni aku dah travel sampai ke Ipoh. Route SP - Changkat Jering - Beruas - Seri Iskandar - Ipoh - Sg Siput - Kuala Kangsar - Ipoh - Seri Iskandar - SP. Kali ni lagi jauh. So hari Jumaat minggu lepas aku bertolak dari SP. Ambil mertua aku kat Kuala Ketil then shoot ke Seri Iskandar. Minyak aku isi RM80. Aku pon tak tau berapa banyak boleh masuk dalam tangki minyak tu. RM80 pon tak penuh lagi. Kali ni aku ke Seri Iskandar untuk amik orang umah aku tapi tak ikut laluan Changkat Jering yang tak berapa elok jalannya. bergegar kepala aku lalu situ. Aku ikut Jelapang. Tol lebih skit la. Jarak lebih kurang ja. Kemudian kami bermalam di rumah saudara dekat Manjung. Malam tu lepak kat Jeti Lumut. Ala tempat naik feri ke Pulau Pangkor tu. Esoknya aku ikut laluan dari Manjung ke Shah alam melalui Bagan Datoh - Sabak Bernam - Kuala Selangor - Klang - Shah Alam. Berhenti di Bagan Datoh refill minyak RM70. Bermalam plak di Shah Alam. Awal pagi esoknya lepas sarapan terus gerak ke Pahang. Refill minyak lagi RM50.  Laluan kami Shah Alam - Kajang - Broga - Kuala Klawang - Jelebu - Jempol - Felda Keratong. Tempat kenduri di Felda Keratong 7. Selesai menghadiri majlis tu terus shoot balik Kedah. Laluan kali ni melalui Jempol - Seri Menanti - Bukit Putus - Seremban. Keluar ke PLUS highway seterusnya menuju ke Kuala Ketil melalui Seberang Jaya (Lebuhraya BKE). Di Seremban refill minyak RM72. Anggaran aku tangki minyak boleh Isi penuh RM90. Sampai Kuala Ketil tengah malam. Total jarak perjalanan yang aku tempuh lebih kurang 1500KM. Ada dalam 4 bar lagi minyak kereta. Dalam RM20 rasanya. so total RM250 untuk minyak bagi trip kali ni. Yang tak syoknya sedap dok perah minyak aku rasa aku dah kena AES kat Slim River. Camna la bleh terleka. Speed aku masa tu dalam 129km/j. Sadis tol. Average speed aku melalui Highway dalam 125km/j. Ada orang cakap FC - Fuel Consumption FD ngan FD2 ni tak ketara sangat bezanya.

FD  : 12Liter - 100km
FD2 : 14Liter - 100km

Monday 23 January 2017

AUX Adapter

Salam sejahtera...

Post sebelum ni aku ada cerita pasai interface USB dengan radio original FD2 aku. Aku dah pasang sebelum ni tapi tak tutup lagi lubang kat dashboard tu. Aku nak tarik wayar USB & AUX ja keluar dari situ so kena tebuk la lubang dekat cover dia. Aku gunakan paku dan payar ja. Panaskan paku dan bakar. 
AUX audio adapter
Lubang yang buat menggunakan paku panas

 Cara lain yang boleh digunakan ialah keluarkan wayar dalam tempat simpanan barang dashboard tu. tapi nak tukar pendrive mungkin leceh skit waktu drive...hehe.. selesai satu bab... testing semua berfungsi....alhamdulillah..




Wednesday 18 January 2017

Lower Arm Honda Civic FD2

Ujung minggu tu aku nak hantar kereta kepada isteri aku. Kesian lak dia takda kenderaan. Lower arm masih belum repair. So aku rancang bila isteri aku bawa balik kereta baru nak repair plak. Kebetulan pagi tu parcel dari luar Negara dah sampai SP. Ala… aux interface dengan kit bukak dashboard tu. Sebelum aku gerak ke tempat isteri aku tu aku singgah kat poslaju. Amik barang siap2. Kalau sempat aku nak pasang. Test usb port. Aku singgah kat stesen Shell juru isi minyak. Aku parking kat tepi aku pon cuba pasang alat tu. Nak buka dashboard macam malas. So aku seluk ikut bawah ruang simpanan bawah dashboard tu. Ruang tu kecik je. Sakit gak la tangan dok hulur tangan dalam tu. Aku cuba cucuk ke port aux. setelah berhempas pulas menahan kempisan perut dan sebagainya akhirnya aku Berjaya cucuk ke port tu. On balik radio dan test. Yeahhh!! Berjaya! Aku dah boleh gunakan usb. So copy ja lagu dalam pendrive dan cucuk. Alat tu ada port usb dan aux. nak cucuk ke fon direct pon boleh. Selesai satu bab. Cuma alat tu nak kena letak elok elok. Aku rasa aku nak letak dalam dashboard. Cuma tebuk satu lubang dekat penutup dashboard tu dan keluarkan wayar usb dan aux tu. Kemas la skit. Cara lain keluarkan wayar tu ke ruang simpanan barang dashboard. Tapi nak tukar pendrive kena tukar dalam tu la. Macam leceh gak.

Isteri aku praktikal dekat Seri Iskandar. Route yang aku ikut bila nak ke sana ialah dengan melalui changkat jering – beruas – seri iskandar. Jalan tu memang  tak berapa memuaskan. Bergegar gak la dashboard kereta aku. Walaupon baru tukar mounting absorber memang terasa gegarannya tu. Lagipon absorber aku masih keras. Aku stay tiga hari kat ipoh. Jalan-jalan makan angin kat sana. Saja nak test kereta tu. Aku check minyak enjin memang tak berkurangan. Alhamdulillah… enjin masih ok. Wiper tank cap kereta aku dah reput. Nak tukar dalam RM20. Ada masalah skit dengan tingkap kereta. Sesekali tak boleh nak rapat. Pastu ada gegaran kecil dalam pintu. Mungkin nak rosak kot. Barang dah lama. Bila pulas stering ke kiri dan ke kanan macam ada bunyik. Aku syak lower arm tu. Tunggu repair nanti baru tau. Harap2 bukan steering rack ja. Takpon drive shaft. Harga boleh tahan tu. Niat aku nak tinggal dah kereta tu kat isteri tapi isteri cakap repair dulu lower arm tu. Dia bawak kereta tu dia rasa seronok tapi bunyik terentak tu masih ada. Lagipun ujung bulan ni nak bawak kereta ke Pahang. Ada kenduri kawannya. Better repair dulu. So aku bawak balik semula kereta ke SP. Atas highway memang ok la bawak kereta ni. Cuma bila jalan biasa yang tak berapa rata akan rasa tak sedap. Bunyik terentak keras. Balik dari perak tu aku sengaja bawak laju. Boleh capai 170km/j dengan mudah. Ok lagi la tu kot. Aku bukan jenis bawak laju. Selama ni pon bawak kereta CC kecik ja...hihi... 



Selang sehari lepas tu bush lower arm dah sampai. Kali ni aku tak bawak ke kedai tayar yang aku selalu pi tu. Aku pi dekat pomen yang aku kenai. Sapa dok SP tau kot kedai pomen ni. TAM & AT. Kalau sambung jadi TAMAT…hehe... Kedai aircond dan bengkel. Dekat ngan Gayatri Taman Ria. Malas lak nak pi jauh2. Buat dekat AT ni senang skit. Boleh tinggal kereta. Dia hantar balik ke opis. Petangnya akan siap. Aku tak beli lower arm satu set. Just beli bushing dia ja. AT cas RM80 sebelah. Upah pasang dan press bush tu. Lower arm tu kena buka dan press bush dekat foundry. So total kos RM160. kalau tukar lower arm satu set sebelah kiri atau kanan saja dah RM290. Empat biji bush untuk dua lower arm dengan upah press dan pasang tak sampai RM400. So rasanya jimat la sikit la kan? Lower arm tu bukan rosak pon. Bush ja perlu ganti. Petang tu bila dah siap aku singgah kedai aksesori. Pasang karpet kereta RM150 yang macam Velcro tu dan beli cecair pelembut getah. Letak kat getah tingkap supaya getah lembut dan senang tingkap tu naik dan turun. Nampak macam berkesan gak la. Tingkap tak lari dari trek dia. Boleh digunakan untuk getah wiper gak. Satu nombor plet aku tercabut so pasang satu ja. Total semua tu RM167. 


Bush yg dah pecah



Bush kecil dan besar Honda Civic FD2

Front lower arm honda civic FD2

Mounting absorber dan tie rod end

Aku pon menggoogle cari mounting absorber. Mana tau lagi murah kan beli online. So aku jumpa satu website barang Honda. Hangpa semua bleh pi ke website tu kalau nak beli spare part Honda. Website dia http://www.kirie-auto.net/ … aku order sepasang mounting absorber, sepasang tie rod end dan set bush lower arm untuk kiri dan kanan(sebelah 2 bush)… RM677 dengan pos. aku saja call kedai dekat sini lebih kurang jugak la. Beli online kan ada kos pos. pesanan aku kalau nak beli barang online jangan beli dekat2 nak hari perayaan. Kompem lambat.

blower civic
Sementara barang-barang tu nak sampai aku pon jadi rajin. aku cari tempat letak cabin filter. Ada belakang tempat simpan barang dashboard. Takda la susah nak carinya. Terkejutnya aku bila tengok takda cabin filter! Alamak! Kereta dah lama takkan tak penah pasang cabin filter? Berhabuk dah tapak cabin filter tu. Kompem blower pon berkerak. Aku pon bukak cover bawah dashboard bahagian penumpang. Aku bukak blower tu. Ada 3 skru yang hangpa perlu bukak. Mudah ja. Lepas buka skru terus turunkan blower tu. Memang berkerak…huhu… aku pon cuba bersihkan blower tu dengan berus. Nampak gayanya kena amik masa. Bilah-bilah blower tu kan rapat dan kecil. Aku pon perlahan2 la lap ngan kain dan cotton bud. Sampai la aku rasakan dah bersih. Dan pasang semula. Esoknya aku pi kedai spare part beli cabin filter dan minyak untuk tambah dalam enjin. Sebab aku rasa minyak enjin macam kurang. Kalau buka penyukat minyak kereta FD2 ada dua lubang. Paras minyak berada di bawah lubang kedua. Paras minyak kena berada betul2 dekat lubang kedua. Balik dari kedai spare part aku pon pasang cabin filter. On aircond mujur blower masih berfungsi. Masih ada angin keluar...hehe... cabin filter Honda civic FD RM40. Yang biasa punya bukan carbon. Dalam LAZADA ada lagi murah rasanya. 

Part number AC cabin filter honda civic




Beberapa hari kemudian barang spare part yang order dah sampai. Tu pon aku amik direct kat pejabat poslaju. Aku track tracking number tu dan pagi tu elok sampai je terus aku collect. Bawak terus spare part pi kedai tayar Tupah. Kat kedai tayar bila buka parcel baru perasan barang xcukup. Lower am bush ada yang kecil je. Yang besar dalam satu parcel yang lain. Yang boleh tukar cuma mounting absorber dengan tie rod end la jawabnya. Masa pasang absorber mounting kena berhati-hati dengan absorber bearing. Kalau bukak absorber bearing jangan sampai terpelanting bearing dalam tu. Jenuh nak cari bearing halus2 tu. Kalau absorber bearing sepasang kiri kanan harga dalam RM240. Harga lebih kurang sama dengan mounting absorber je. Pomen tersilap pasang tie rod end. Kiri kat kanan. Kanan kat kiri. Nasib baik masa nak test tu baru gerak skit pomen perasan something wrong. Akibatnya sport rim tersagat skit bahagian dalam. Jadi calar dan tajam. Kena canai skit dan cat lain. Upah pasang mounting absorber dengan tie rod end tu sebelah tayar kira RM40. So total upah dengan alignment RM100. Sedap la bawak kereta dari sebelum ni. Cuma absorber masih keras. Bila jalan rata masih terentak. Lower arm kena tunggu barang sampai dulu la.
Mounting absorber honda civid FD2

Tie rod end @ elbow joint honda civic FD2



Absorber

Kereta ni nak bagi isteri gunakan. Banyak benda gak aku nak kena buat. Nak kena repair ngan ganti. So benda pertama yang aku buat ialah pi balut arm rest sebab itu yang ketara. Dah koyak kan. Nak bagi nampak elok balik. So kos balut benda tu RM40. Nak dapat kaler biru gelap memang takda la. So amik kaler itam. Tak la Nampak beza sangat pon. Radio asal kereta FD2 ni support MP3 tapi takda port USB. Aku perasan ada port AUX. so aku singgah tesco cari kabel AUX. cucuk ke phone Alhamdulillah boleh digunakan. Kat office aku try burn lagu format mp3 ke dalam CD. Aku test gunakan CD changer dan Alhamdulillah boleh digunakan tanpa masalah. Masalahnya radio tu tak dapat siaran radio ja. Aku bukak youtube cara nak buka dashboard dan radio. Nampak macam susah sebab aku takda kit nak bukak dashboard. Ala benda2 plastik tu. Nak cungkil2 celah dashboard. Tapi aku perasan ada satu tempat yang ada skru dekat dashboard betul2 bawah radio. Dekat belakang radio ada beberapa port yang menyambungkan wayar power ngan antenna. Aku goyang2 kan port antenna. Siaran FM dapat tapi bila kereta gerak siaran lost. Kacau gak ni. Orang umah aku kena bukak CD ngan fon ja la nampak gayanya. Kalau ada port USB kan senang. Just copy masuk pendrive ja. Aku bukak LAZADA dan aku taip Honda civic dan aku terjumpa satu alat yg boleh interface radio tu untuk USB port. Aku pon order benda tu dengan kit buka dashboard. Alat tu berharga RM76.60 manakala kit tu harga RM25.70. Kedua-dua barang tu dari luar negara. So kena tunggu lama la jugak.

USB-HD1 Honda 2.4 USB+AUX Audio Adapter

Car Radio Door Clip Panel Trim Dash Audio Removal kit


Aku rajin plak google bila dapat kereta ni. Aku cari tempat untuk repair absorber aku. Dalam group FB penduduk sungai petani aku terjumpa satu tempat yang boleh servis absorber. Dekat Taman Arked. Aku call dan dia quote 160 untuk absorber depan dan belakang. Aku teringat tuan kedai tayar melayu dekat tupah penah sebut ada satu tempat servis dan repair absorber dekat Tikam Batu. Memang femes gak la kedai tu. Dia penah cadangkan tempat tu untuk repair absorber. Yang Taman Arked tu boleh servis ja katanya. Yang Tikam Batu boleh servis, repair dan recond. Aku jumpa dalam carigold.com tentang tempat repair dan servis absorber. Salah satunya dekat Tikam Batu tu la. Mat@Kamal nama tuan punya bengkel. So petang tu aku pi survey. Cari kedai tu. Memandangkan hari tu hari khamis dan balik awal. Melilau gak la aku cari. Landmark dia balai bomba. Akhirnya aku jumpa jugak. Kereta memang banyak. Aku sembang ngan pekerja kat situ. Dia Tanya simptom penyakit absorber kereta aku. Dia kata kereta aku tu absorber jem. Dan dah memang penyakit kereta Honda civic FD camtu. Mula ingat nak bagi dia test drive la dulu. Dia kata takpe tak payah. Hari ni tak sempat katanya. Kebetulan bos dia baru balik beli barang dan dia ejas ngan bos dia. Hari sabtu dia mintak mai semula. Mai awai katanya. Sebab ramai customer. Kereta aku hanya bos dia ja boleh buat. Kena buka dan repair. Tukar seal kat dalam absorber tu semua. Pekerja lain setakat servis ja boleh. Untuk repair ngan recond serah kat bos. So aku pon balik dan akan mai semula sabtu tu.


Pagi sabtu yang dijanjikan pon tiba. Awai lagi aku dah gerak pi Tikam Batu. Takut ramai karang lagi lambat la nak repair keta aku. Orang umah pon dah excited ngan kereta tu. Dok Tanya bila nak hantar…huhu…kononnya awal la aku sampai bengkel. Aku perasan ada sebuah kereta Suzuki Swift ngan kereta wira macam dok mencari tempat. Aku pon parking dekat bengkel. Dan dua kereta tu pon ikut parking gak ngan aku. Rupanya pemilik kereta swift tu member office aku. Ok la kan. Ada geng…hehe…dia pon nak servis absorber kereta dia. Kereta Suzuki Swift tahun 2015. Baru lagi. Enjin 1400cc. jimat minyak gak member aku cakap. Cuma absorber belakang lembut sangat. Melayah atau woble (btoi ka istilah ni). So dia nak keraskan skit. Kami dua tak sarapan lagi konon nak tunggu bengkel buka dulu. Nak dijadikan cerita, rupanya kami salah bengkel…punggah! selang dua kedai lagi baru bengkel repair absorber. Camna la aku boleh silap. Bukan aku tak penah mai. Dok tunggu depan bengkel wat kabinet. Adui!... tu pon sebab tuan bengkel tu mai awai dan bagitau yang kami silap kedai. Patut la aku jenguk dalam kedai Nampak barang kayu ja..Huh! kat bengkel dah ada dua kereta sedia menunggu. Terlepas ke belakang jugak la aku. Nak dipendekkan cerita, kereta aku siap dekat nak asar. Sebabnya bos mai lewat. Dah alang-alang aku dah pi situ aku tunggu gak la. Ada hal katanya. Nasib baik la kawan aku yang keretanya dah settle tu bawak pi makan. Ada gak la geng. Dia pon tunggu ngan aku sekerat hari. Kesian lak. Memang absorber kereta aku jem. Tak main dah absorber tu. Tokei bengkel buka dan ganti seal dalam tu. Refill minyak dan gas baru. Dia cakap awal2 ni absorber ni keras skit. Lama-lama akan lembut. Lagi sedap dari original. Dia set bagi keras. Set 10 gas tu. Aku tak berapa paham benda apa 10… Psi?tekanan gas? Masa pasang balik absorber tu pekerja bengkel cakap tie rod end dah pecah. Lower arm bush pon dah retak. Nampak dah tanda…huhu… tanda nak kena keluaq modai. Yang bukak pasang absorber tu pekerjanya. Bos repair ja. Kos repair absorber RM190 untuk dua kiri dan kanan depan. 



Balik tu terus aku ke Tupah. Kedai tayar feveret aku. Kena buat alignment sebab chamber dah buka masa buka absorber tu kan. Masa wat alignment pomen detect absorber mounting aku dah keras dan bergegar…hoho… Nampak lagi tanda...Huhu... Kereta dah tukar absorber pon tak sedap lepas alignment. Ini mungkin pasal benda-benda tu gak la...Huhu... aku Tanya tuan kedai pasal mounting absorber. Dia kata kena order barang. Kat Sungai Petani ja ada. Kedai sparepart kat Semeling takda. Bajet pon dalam RM360 siap upah untuk mounting absorber ja. 


Pencarian...

Mulanya aku terjumpa iklan kereta vios terpakai. Orang panggil vios dugong. Tuan punya jual direct. Harga dalam 35k. Memang target aku dan isteri nak cari kereta jenama luar. Yang selesa dan tahan kononnya. Orang pon cakap kualiti kereta luar ni lagi baik dari kereta tempatan. Aku takda masalah ngan kereta iswara dan viva tempatan aku tu. Tapi hati teringin nak merasa kereta luar. Dalam survey kereta vios aku terjumpa iklan kereta Honda city lama. Keluaran antara tahun 2003 – 2008. Orang panggil city kasut atau city seterika. Dari segi teknologi memang Honda antara yang terbaik. Toyota plak dari ketahanan enjin memang terbaik. Aku tak berapa minat design vios sebenarnya. Meter kat tengah. Tapi keselesaan tu ada. Isteri aku berkenan kat jenama Honda. So aku pon survey Honda city kasut tu. Range harga lebih kurang vios tadi. Tahun 2008. Enjin vtec bukan idsi. Design versi city 2008 vtec macam cantik. Tambah lak isteri aku dok tengok orang make up cantik-cantik kat shah alam. So aku luaskan pencarian kereta aku dengan Honda city. Dalam pencarian tu aku terjumpa lak iklan kereta idaman aku satu masa dulu.  HONDA CIVIC FD … harga dalam 42k. enjin 1800cc. siap aku test drive lagi. Memang sedap la. Tapi aku ada masalah lak nak apply loan. Kes PTPTN aku. Pasai kes tu aku wat full settlement. Maleh nak pikir. Tapi baki pon seribu lebih ja lagi pon…pasai kes PTPTN tu aku tak jadi amik kereta tu. So pencarian aku bermula balik. Satu hari aku buka mudah.my aku terjumpa iklan yang menarik hati. Honda civic FD2. Kat alor setar. Full bodykit mugen. Direct owner jugak. Tapi tak berjodoh walau aku antara orang terawal yang pi tengok. Disebabkan aku baru nak apply loan aku mintak masa ngan tuan kereta tapi ada orang dalam tempoh tu dah bagi cengkeram. Frust gak la aku. 


Akhirnya setelah beberapa lama aku mencari aku terjumpa satu iklan dalam mudah.my. lokasi kereta dekat bukit tambun. Beberapa kali aku pi jenguk kereta. Mula-mula tu aku pi tengok kereta aku kesan beberapa masalah. Aku bagitau tuan kereta dia kata dia nak settlekan. Dia mintak aku datang semula nanti lepas dia settle. Antara masalah yang ada leaking, bunyik gegar, aircond dan tingkap. Setelah seminggu tuan kereta kontek aku balik. Mintak aku pi tengok kereta. Kali ni aku bawak abg ngan adik ipar aku. Banyak mata lagi baik dari sepasang mata.hehe.. tuan kereta dah tukar abs link yang kononnya bermasalah. Dah tukar gasket head yang leaking. Dah repair tingkap. Dah tukar relay aircond. Aku bagi abg ipar aku test drive. Aritu test dekat2 ja. Kali ni masuk highway. Dari bukit tambun ke juru pastu patah balik. Abg ipar cakap ada masalah dengan bearing belakang ngan absorber. Allignment pon macam lari. CD changer bermasalah.Tuan kereta cakap dia akan settlekan. Aku Tanya adik beradik ipar aku semua cakap ok. Boleh amik. Aku pon bayar booking 500 ringgit. Tanda jadi.


Sekarang secara rasminya aku dah jadi pemilik kereta HONDA CIVIC FD2 .. kereta tahun 2006. Lama dah tu. Beli kereta lama dan secondhand ni mesti ada wear n tear. Tak leh nak expect macam baru. So kena bersedia la keluar belanja. Petang hari pertama aku amik kereta tu aku dah rasa ada something wrong dengan absorber depan. Masa aku mula test dulu jalan dekat ja. Tak rasa sangat. Masa abg ipar aku bawak pon dia Cuma cakap absorber kena repair. Biasa la kereta dah 10 tahun. Aku bawak balik dari bukit tambun ke sp. Memang gegar teruk. Tambah plak bila langgar jalan tak rata. Rasa macam absorber tak main. Keras…masalah lain plak radio tak dapat siaran FM. Sebelum ni CD changer problem tapi siaran radio ok. Kusyen kulit pon dah tak berapa elok. Arm rest dah koyak kulitnya. luaran cantik. tak la ranggi macam orang muda mekap tu kan...sedap mata memandang. memang kereta idaman aku dulu honda civic ni.