Wednesday 18 January 2017

Pencarian...

Mulanya aku terjumpa iklan kereta vios terpakai. Orang panggil vios dugong. Tuan punya jual direct. Harga dalam 35k. Memang target aku dan isteri nak cari kereta jenama luar. Yang selesa dan tahan kononnya. Orang pon cakap kualiti kereta luar ni lagi baik dari kereta tempatan. Aku takda masalah ngan kereta iswara dan viva tempatan aku tu. Tapi hati teringin nak merasa kereta luar. Dalam survey kereta vios aku terjumpa iklan kereta Honda city lama. Keluaran antara tahun 2003 – 2008. Orang panggil city kasut atau city seterika. Dari segi teknologi memang Honda antara yang terbaik. Toyota plak dari ketahanan enjin memang terbaik. Aku tak berapa minat design vios sebenarnya. Meter kat tengah. Tapi keselesaan tu ada. Isteri aku berkenan kat jenama Honda. So aku pon survey Honda city kasut tu. Range harga lebih kurang vios tadi. Tahun 2008. Enjin vtec bukan idsi. Design versi city 2008 vtec macam cantik. Tambah lak isteri aku dok tengok orang make up cantik-cantik kat shah alam. So aku luaskan pencarian kereta aku dengan Honda city. Dalam pencarian tu aku terjumpa lak iklan kereta idaman aku satu masa dulu.  HONDA CIVIC FD … harga dalam 42k. enjin 1800cc. siap aku test drive lagi. Memang sedap la. Tapi aku ada masalah lak nak apply loan. Kes PTPTN aku. Pasai kes tu aku wat full settlement. Maleh nak pikir. Tapi baki pon seribu lebih ja lagi pon…pasai kes PTPTN tu aku tak jadi amik kereta tu. So pencarian aku bermula balik. Satu hari aku buka mudah.my aku terjumpa iklan yang menarik hati. Honda civic FD2. Kat alor setar. Full bodykit mugen. Direct owner jugak. Tapi tak berjodoh walau aku antara orang terawal yang pi tengok. Disebabkan aku baru nak apply loan aku mintak masa ngan tuan kereta tapi ada orang dalam tempoh tu dah bagi cengkeram. Frust gak la aku. 


Akhirnya setelah beberapa lama aku mencari aku terjumpa satu iklan dalam mudah.my. lokasi kereta dekat bukit tambun. Beberapa kali aku pi jenguk kereta. Mula-mula tu aku pi tengok kereta aku kesan beberapa masalah. Aku bagitau tuan kereta dia kata dia nak settlekan. Dia mintak aku datang semula nanti lepas dia settle. Antara masalah yang ada leaking, bunyik gegar, aircond dan tingkap. Setelah seminggu tuan kereta kontek aku balik. Mintak aku pi tengok kereta. Kali ni aku bawak abg ngan adik ipar aku. Banyak mata lagi baik dari sepasang mata.hehe.. tuan kereta dah tukar abs link yang kononnya bermasalah. Dah tukar gasket head yang leaking. Dah repair tingkap. Dah tukar relay aircond. Aku bagi abg ipar aku test drive. Aritu test dekat2 ja. Kali ni masuk highway. Dari bukit tambun ke juru pastu patah balik. Abg ipar cakap ada masalah dengan bearing belakang ngan absorber. Allignment pon macam lari. CD changer bermasalah.Tuan kereta cakap dia akan settlekan. Aku Tanya adik beradik ipar aku semua cakap ok. Boleh amik. Aku pon bayar booking 500 ringgit. Tanda jadi.


Sekarang secara rasminya aku dah jadi pemilik kereta HONDA CIVIC FD2 .. kereta tahun 2006. Lama dah tu. Beli kereta lama dan secondhand ni mesti ada wear n tear. Tak leh nak expect macam baru. So kena bersedia la keluar belanja. Petang hari pertama aku amik kereta tu aku dah rasa ada something wrong dengan absorber depan. Masa aku mula test dulu jalan dekat ja. Tak rasa sangat. Masa abg ipar aku bawak pon dia Cuma cakap absorber kena repair. Biasa la kereta dah 10 tahun. Aku bawak balik dari bukit tambun ke sp. Memang gegar teruk. Tambah plak bila langgar jalan tak rata. Rasa macam absorber tak main. Keras…masalah lain plak radio tak dapat siaran FM. Sebelum ni CD changer problem tapi siaran radio ok. Kusyen kulit pon dah tak berapa elok. Arm rest dah koyak kulitnya. luaran cantik. tak la ranggi macam orang muda mekap tu kan...sedap mata memandang. memang kereta idaman aku dulu honda civic ni.


3 comments:

  1. Leaking.. Masalah yg sama jgk.. Dah 2 kali buat masih jadi jgk.. Ada cadangan lain X

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oil seal bocor..sblh kanan enjin..blkg elektrical cover box..betul2 tepi head

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete