Wednesday 18 January 2017

convert?

Isteri aku masih lagi belajar. Sekarang dok dok praktikal kat perak. Kesian plak kat dia. Nak berulang tempat praktikal ngan nak keluar beli barang keperluan susah. Aku offer isteri aku bawak perodua viva kesayangan aku tu. Tapi isteri aku ni tak yakin nak bawak kereta manual. Kalau auto berdesup ja dia pi. Loan kereta viva aku ada lagi 3 tahun. Puas aku pikirkan jalan nak wat camna. Mula-mula tu aku rancang nak covert gearbox. Anggaran kos dalam 2k. pakai gearbox kelisa. Survey punya survey orang cakap nak setting ratio gearbox ngan enjin ni susah. Ada masalah tertentu. Dah la aku nak bagi isteri aku bawak. So aku pon pikir cara lain. Convert gearbox dengan enjin sekali. Aku Tanya enjin lantai sahaja kos dah 3.8k. kalau halfcut mira avy siap semua dalam 5k. mana nak cekau 5k seketul. Pening gak la. Member cadangkan amik kereta baru. Trade in kereta lama.


Kalau ikut perancangan hati aku ni. Selesai ja loan keta viva tu aku nak amik kereta lain. Kereta yang lebih sedap untuk digunakan. Honda city ka..vios ka..kereta baru. Tu pon 3 tahun lagi la. Tapi dah keperluan mendesak sekarang ni membuatkan aku berkira-kira nak beli sebuah lagi kereta. Kalau amik kereta baru sekarang ni mau jenuh gak nak membayar bulanannya. Dua biji kereta lak perlu dibayar tu. Setelah berhempas pulas aku berpikir akhirnya aku dapat satu jalan. Nak amik kereta secondhand ni for sure la interest tinggi. So aku pon berkira-kira nak amik loan peribadi. Interest aku rasa rendah dari interest loan keta secondhand. Alang-alang dah nak amik kereta satu lagi aku nak kereta yang selesa. Yang aku rasa puas hati. Aku pon apply loan mengikut kesesuaian harga kereta yang aku rasa berbaloi. 



No comments:

Post a Comment