Wednesday, 18 January 2017

Lower Arm Honda Civic FD2

Ujung minggu tu aku nak hantar kereta kepada isteri aku. Kesian lak dia takda kenderaan. Lower arm masih belum repair. So aku rancang bila isteri aku bawa balik kereta baru nak repair plak. Kebetulan pagi tu parcel dari luar Negara dah sampai SP. Ala… aux interface dengan kit bukak dashboard tu. Sebelum aku gerak ke tempat isteri aku tu aku singgah kat poslaju. Amik barang siap2. Kalau sempat aku nak pasang. Test usb port. Aku singgah kat stesen Shell juru isi minyak. Aku parking kat tepi aku pon cuba pasang alat tu. Nak buka dashboard macam malas. So aku seluk ikut bawah ruang simpanan bawah dashboard tu. Ruang tu kecik je. Sakit gak la tangan dok hulur tangan dalam tu. Aku cuba cucuk ke port aux. setelah berhempas pulas menahan kempisan perut dan sebagainya akhirnya aku Berjaya cucuk ke port tu. On balik radio dan test. Yeahhh!! Berjaya! Aku dah boleh gunakan usb. So copy ja lagu dalam pendrive dan cucuk. Alat tu ada port usb dan aux. nak cucuk ke fon direct pon boleh. Selesai satu bab. Cuma alat tu nak kena letak elok elok. Aku rasa aku nak letak dalam dashboard. Cuma tebuk satu lubang dekat penutup dashboard tu dan keluarkan wayar usb dan aux tu. Kemas la skit. Cara lain keluarkan wayar tu ke ruang simpanan barang dashboard. Tapi nak tukar pendrive kena tukar dalam tu la. Macam leceh gak.

Isteri aku praktikal dekat Seri Iskandar. Route yang aku ikut bila nak ke sana ialah dengan melalui changkat jering – beruas – seri iskandar. Jalan tu memang  tak berapa memuaskan. Bergegar gak la dashboard kereta aku. Walaupon baru tukar mounting absorber memang terasa gegarannya tu. Lagipon absorber aku masih keras. Aku stay tiga hari kat ipoh. Jalan-jalan makan angin kat sana. Saja nak test kereta tu. Aku check minyak enjin memang tak berkurangan. Alhamdulillah… enjin masih ok. Wiper tank cap kereta aku dah reput. Nak tukar dalam RM20. Ada masalah skit dengan tingkap kereta. Sesekali tak boleh nak rapat. Pastu ada gegaran kecil dalam pintu. Mungkin nak rosak kot. Barang dah lama. Bila pulas stering ke kiri dan ke kanan macam ada bunyik. Aku syak lower arm tu. Tunggu repair nanti baru tau. Harap2 bukan steering rack ja. Takpon drive shaft. Harga boleh tahan tu. Niat aku nak tinggal dah kereta tu kat isteri tapi isteri cakap repair dulu lower arm tu. Dia bawak kereta tu dia rasa seronok tapi bunyik terentak tu masih ada. Lagipun ujung bulan ni nak bawak kereta ke Pahang. Ada kenduri kawannya. Better repair dulu. So aku bawak balik semula kereta ke SP. Atas highway memang ok la bawak kereta ni. Cuma bila jalan biasa yang tak berapa rata akan rasa tak sedap. Bunyik terentak keras. Balik dari perak tu aku sengaja bawak laju. Boleh capai 170km/j dengan mudah. Ok lagi la tu kot. Aku bukan jenis bawak laju. Selama ni pon bawak kereta CC kecik ja...hihi... 



Selang sehari lepas tu bush lower arm dah sampai. Kali ni aku tak bawak ke kedai tayar yang aku selalu pi tu. Aku pi dekat pomen yang aku kenai. Sapa dok SP tau kot kedai pomen ni. TAM & AT. Kalau sambung jadi TAMAT…hehe... Kedai aircond dan bengkel. Dekat ngan Gayatri Taman Ria. Malas lak nak pi jauh2. Buat dekat AT ni senang skit. Boleh tinggal kereta. Dia hantar balik ke opis. Petangnya akan siap. Aku tak beli lower arm satu set. Just beli bushing dia ja. AT cas RM80 sebelah. Upah pasang dan press bush tu. Lower arm tu kena buka dan press bush dekat foundry. So total kos RM160. kalau tukar lower arm satu set sebelah kiri atau kanan saja dah RM290. Empat biji bush untuk dua lower arm dengan upah press dan pasang tak sampai RM400. So rasanya jimat la sikit la kan? Lower arm tu bukan rosak pon. Bush ja perlu ganti. Petang tu bila dah siap aku singgah kedai aksesori. Pasang karpet kereta RM150 yang macam Velcro tu dan beli cecair pelembut getah. Letak kat getah tingkap supaya getah lembut dan senang tingkap tu naik dan turun. Nampak macam berkesan gak la. Tingkap tak lari dari trek dia. Boleh digunakan untuk getah wiper gak. Satu nombor plet aku tercabut so pasang satu ja. Total semua tu RM167. 


Bush yg dah pecah



Bush kecil dan besar Honda Civic FD2

Front lower arm honda civic FD2

No comments:

Post a Comment