Monday 30 January 2017

First Long Drive

Memandangkan isteri aku nak memenuhi undangan perkahwinan kawan baiknya kat pahang so kereta ni perlu jalan jauh. Aku pon check la apa yang patut. Minyak enjin checked! coolant checked! minyak brek checked! (yang tu la aku tau pon). Sebelum ni aku dah travel sampai ke Ipoh. Route SP - Changkat Jering - Beruas - Seri Iskandar - Ipoh - Sg Siput - Kuala Kangsar - Ipoh - Seri Iskandar - SP. Kali ni lagi jauh. So hari Jumaat minggu lepas aku bertolak dari SP. Ambil mertua aku kat Kuala Ketil then shoot ke Seri Iskandar. Minyak aku isi RM80. Aku pon tak tau berapa banyak boleh masuk dalam tangki minyak tu. RM80 pon tak penuh lagi. Kali ni aku ke Seri Iskandar untuk amik orang umah aku tapi tak ikut laluan Changkat Jering yang tak berapa elok jalannya. bergegar kepala aku lalu situ. Aku ikut Jelapang. Tol lebih skit la. Jarak lebih kurang ja. Kemudian kami bermalam di rumah saudara dekat Manjung. Malam tu lepak kat Jeti Lumut. Ala tempat naik feri ke Pulau Pangkor tu. Esoknya aku ikut laluan dari Manjung ke Shah alam melalui Bagan Datoh - Sabak Bernam - Kuala Selangor - Klang - Shah Alam. Berhenti di Bagan Datoh refill minyak RM70. Bermalam plak di Shah Alam. Awal pagi esoknya lepas sarapan terus gerak ke Pahang. Refill minyak lagi RM50.  Laluan kami Shah Alam - Kajang - Broga - Kuala Klawang - Jelebu - Jempol - Felda Keratong. Tempat kenduri di Felda Keratong 7. Selesai menghadiri majlis tu terus shoot balik Kedah. Laluan kali ni melalui Jempol - Seri Menanti - Bukit Putus - Seremban. Keluar ke PLUS highway seterusnya menuju ke Kuala Ketil melalui Seberang Jaya (Lebuhraya BKE). Di Seremban refill minyak RM72. Anggaran aku tangki minyak boleh Isi penuh RM90. Sampai Kuala Ketil tengah malam. Total jarak perjalanan yang aku tempuh lebih kurang 1500KM. Ada dalam 4 bar lagi minyak kereta. Dalam RM20 rasanya. so total RM250 untuk minyak bagi trip kali ni. Yang tak syoknya sedap dok perah minyak aku rasa aku dah kena AES kat Slim River. Camna la bleh terleka. Speed aku masa tu dalam 129km/j. Sadis tol. Average speed aku melalui Highway dalam 125km/j. Ada orang cakap FC - Fuel Consumption FD ngan FD2 ni tak ketara sangat bezanya.

FD  : 12Liter - 100km
FD2 : 14Liter - 100km

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boss.. nak tanya yang brand Shokz ni murah tak?
    https://www.lazada.com.my/-i411847211-s596968335.html?

    ReplyDelete