Wednesday 18 January 2017

Absorber

Kereta ni nak bagi isteri gunakan. Banyak benda gak aku nak kena buat. Nak kena repair ngan ganti. So benda pertama yang aku buat ialah pi balut arm rest sebab itu yang ketara. Dah koyak kan. Nak bagi nampak elok balik. So kos balut benda tu RM40. Nak dapat kaler biru gelap memang takda la. So amik kaler itam. Tak la Nampak beza sangat pon. Radio asal kereta FD2 ni support MP3 tapi takda port USB. Aku perasan ada port AUX. so aku singgah tesco cari kabel AUX. cucuk ke phone Alhamdulillah boleh digunakan. Kat office aku try burn lagu format mp3 ke dalam CD. Aku test gunakan CD changer dan Alhamdulillah boleh digunakan tanpa masalah. Masalahnya radio tu tak dapat siaran radio ja. Aku bukak youtube cara nak buka dashboard dan radio. Nampak macam susah sebab aku takda kit nak bukak dashboard. Ala benda2 plastik tu. Nak cungkil2 celah dashboard. Tapi aku perasan ada satu tempat yang ada skru dekat dashboard betul2 bawah radio. Dekat belakang radio ada beberapa port yang menyambungkan wayar power ngan antenna. Aku goyang2 kan port antenna. Siaran FM dapat tapi bila kereta gerak siaran lost. Kacau gak ni. Orang umah aku kena bukak CD ngan fon ja la nampak gayanya. Kalau ada port USB kan senang. Just copy masuk pendrive ja. Aku bukak LAZADA dan aku taip Honda civic dan aku terjumpa satu alat yg boleh interface radio tu untuk USB port. Aku pon order benda tu dengan kit buka dashboard. Alat tu berharga RM76.60 manakala kit tu harga RM25.70. Kedua-dua barang tu dari luar negara. So kena tunggu lama la jugak.

USB-HD1 Honda 2.4 USB+AUX Audio Adapter

Car Radio Door Clip Panel Trim Dash Audio Removal kit


Aku rajin plak google bila dapat kereta ni. Aku cari tempat untuk repair absorber aku. Dalam group FB penduduk sungai petani aku terjumpa satu tempat yang boleh servis absorber. Dekat Taman Arked. Aku call dan dia quote 160 untuk absorber depan dan belakang. Aku teringat tuan kedai tayar melayu dekat tupah penah sebut ada satu tempat servis dan repair absorber dekat Tikam Batu. Memang femes gak la kedai tu. Dia penah cadangkan tempat tu untuk repair absorber. Yang Taman Arked tu boleh servis ja katanya. Yang Tikam Batu boleh servis, repair dan recond. Aku jumpa dalam carigold.com tentang tempat repair dan servis absorber. Salah satunya dekat Tikam Batu tu la. Mat@Kamal nama tuan punya bengkel. So petang tu aku pi survey. Cari kedai tu. Memandangkan hari tu hari khamis dan balik awal. Melilau gak la aku cari. Landmark dia balai bomba. Akhirnya aku jumpa jugak. Kereta memang banyak. Aku sembang ngan pekerja kat situ. Dia Tanya simptom penyakit absorber kereta aku. Dia kata kereta aku tu absorber jem. Dan dah memang penyakit kereta Honda civic FD camtu. Mula ingat nak bagi dia test drive la dulu. Dia kata takpe tak payah. Hari ni tak sempat katanya. Kebetulan bos dia baru balik beli barang dan dia ejas ngan bos dia. Hari sabtu dia mintak mai semula. Mai awai katanya. Sebab ramai customer. Kereta aku hanya bos dia ja boleh buat. Kena buka dan repair. Tukar seal kat dalam absorber tu semua. Pekerja lain setakat servis ja boleh. Untuk repair ngan recond serah kat bos. So aku pon balik dan akan mai semula sabtu tu.


Pagi sabtu yang dijanjikan pon tiba. Awai lagi aku dah gerak pi Tikam Batu. Takut ramai karang lagi lambat la nak repair keta aku. Orang umah pon dah excited ngan kereta tu. Dok Tanya bila nak hantar…huhu…kononnya awal la aku sampai bengkel. Aku perasan ada sebuah kereta Suzuki Swift ngan kereta wira macam dok mencari tempat. Aku pon parking dekat bengkel. Dan dua kereta tu pon ikut parking gak ngan aku. Rupanya pemilik kereta swift tu member office aku. Ok la kan. Ada geng…hehe…dia pon nak servis absorber kereta dia. Kereta Suzuki Swift tahun 2015. Baru lagi. Enjin 1400cc. jimat minyak gak member aku cakap. Cuma absorber belakang lembut sangat. Melayah atau woble (btoi ka istilah ni). So dia nak keraskan skit. Kami dua tak sarapan lagi konon nak tunggu bengkel buka dulu. Nak dijadikan cerita, rupanya kami salah bengkel…punggah! selang dua kedai lagi baru bengkel repair absorber. Camna la aku boleh silap. Bukan aku tak penah mai. Dok tunggu depan bengkel wat kabinet. Adui!... tu pon sebab tuan bengkel tu mai awai dan bagitau yang kami silap kedai. Patut la aku jenguk dalam kedai Nampak barang kayu ja..Huh! kat bengkel dah ada dua kereta sedia menunggu. Terlepas ke belakang jugak la aku. Nak dipendekkan cerita, kereta aku siap dekat nak asar. Sebabnya bos mai lewat. Dah alang-alang aku dah pi situ aku tunggu gak la. Ada hal katanya. Nasib baik la kawan aku yang keretanya dah settle tu bawak pi makan. Ada gak la geng. Dia pon tunggu ngan aku sekerat hari. Kesian lak. Memang absorber kereta aku jem. Tak main dah absorber tu. Tokei bengkel buka dan ganti seal dalam tu. Refill minyak dan gas baru. Dia cakap awal2 ni absorber ni keras skit. Lama-lama akan lembut. Lagi sedap dari original. Dia set bagi keras. Set 10 gas tu. Aku tak berapa paham benda apa 10… Psi?tekanan gas? Masa pasang balik absorber tu pekerja bengkel cakap tie rod end dah pecah. Lower arm bush pon dah retak. Nampak dah tanda…huhu… tanda nak kena keluaq modai. Yang bukak pasang absorber tu pekerjanya. Bos repair ja. Kos repair absorber RM190 untuk dua kiri dan kanan depan. 



Balik tu terus aku ke Tupah. Kedai tayar feveret aku. Kena buat alignment sebab chamber dah buka masa buka absorber tu kan. Masa wat alignment pomen detect absorber mounting aku dah keras dan bergegar…hoho… Nampak lagi tanda...Huhu... Kereta dah tukar absorber pon tak sedap lepas alignment. Ini mungkin pasal benda-benda tu gak la...Huhu... aku Tanya tuan kedai pasal mounting absorber. Dia kata kena order barang. Kat Sungai Petani ja ada. Kedai sparepart kat Semeling takda. Bajet pon dalam RM360 siap upah untuk mounting absorber ja. 


13 comments:

  1. Service absorber tikam batu tu ok? Bleh share nm kedai bro? Saya nk service fd1 standard

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok bos...kedai tu takda signboard rasanya.. cuma panduan dia cari balai bomba tikam batu..ada sebaris kedai depan balai bomba tu...kedai dia bahagian tengah..memang awal pagi lagi dah ada orang tunggu nak dapatkan perkhidmatan.kalau tanya orang situ tanya kedai repair absorber mat@kamal..mesti diorang bgtau..

      Delete
  2. Bos.. nak minta pendapat.. ada terjumpa ni di Lazada... agak-agak Aftermarket Absorber okay tak ntuk kereta Honda?

    www.shokz.my
    www.lazada.com.my/shop/shokz-by-apm

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... boleh tak bg saya nom tel kedai absober tikam batu.. atau pon pon wasap saya 0124141478

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Zulkifli@ Mat Kamal ni adik ipar saya. Betul repair exzober di Tikam Batu depan Balai Bomba. Contact +6017-4876748

      Delete
    3. Zulkifli@ Mat Kamal ni adik ipar saya. Betul repair exzober di Tikam Batu depan Balai Bomba. Contact +6017-4876748

      Delete

      Delete
  4. TuaN nak repair exsober depan belakang boleh ka model Hyundai accent 1.5

    ReplyDelete
  5. As Salam. Zulkifli@ Mat Kamal ni adik ipar saya. Boleh repair/service/recond exzober. Dari Vellfire hingga la Kancil. Kedai di Tikam Batu depan Balai Bomba. Contact +6017-4876748 Zulkifli.

    Delete

    ReplyDelete
  6. Terbaikk servis dia asoberr sy dah dekat 5year rasa xtukar lg ....toyota le servis n pam gas kt dia ...mat memg sempoiiiii...

    ReplyDelete
  7. Ingt nk p bg lowerd sikit nanti

    ReplyDelete
  8. tuan tolong share contact no saya pun nk servis absorber keta dh cecah usia 10tahun++ . TQ

    ReplyDelete